Profile Usrah
Assalamualaikum wbt,
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan segala nikmat yang diberikan kita dapat lagi hidup dan merasa nikmat iman dan islam.
Kali ini, dalam tazkirah saya akan ceritakan berkenaan tarbiyah atau dalam bahasa melayu disebut didikan.
Dalam Tarbiyah ada 7 wasilah. Salah satunya usrah.
Apa itu usrah?
Usrah satu wasilah dalam proses membentuk manusia menjadi hamba yang dicintai Allah. Usrah perlu dilengkapi dengan wasilah tarbiyah yg lain. Satu kegiatan tarbiyah yang dinamik. Melatih untuk bercermin dan saling ingat mengingati.
Diharapkan dengan mengikuti usrah para pengikut dapat memenuhi 10 muwossafat tarbiyah.
Usrah juga memiliki Rukun Usrah yang perlu dipatuhi agar usrah berjalan lancar.
1-Taaruf
2- Tafahum
3- Takaful
Adab usrah:
1-niat ikhlas
2-jaga ukhwah
3-serius dan bersungguh
4-kemahuan yang tinggi dalam tugasan yg diberikan
5-istiqomah dalam memahami Al- Quran dan Al- Hadis
6-Bebas dari ghibah
7-Melakukan islah
8-Sentiasa memperbaiki bukan menyakiti
tidak buang waktu
9-iltizam dengan keputusan yang telah dibuat
10-agenda usrah
Seterusnya wasilah tarbiyah yang lain:
Apa itu mukhayyam?
Apa itu rehlah ?
Apa itu daurah/seminar?
Apa itu nadwah ?
Apa itu katibah ?
Apa itu mukatamar?
(akan dibincangkan kemudian)
Akhir sekali, diharapkan para pengikut dapat mengamalkan islam dengan syumul selepas melalui proses 7 wasilah tarbiyah.
Hal ini perlu dilakukan kerana umat Islam harini gagal untuk mengamalkan Islam dalam kehidupan.
*Catatan Usrah 9/3/18
Comments
Post a Comment