Pray4Rohinya
Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah wa syukurillah, pada saat dan detik ini kita masih di berikan nikmat untuk bernafas. Nikmat yang sering dilupakan sebab sentiasa di lakukan tanpa sebarang bayaran tanpa sebarang gangguan.
Namun, ada nikmat yang lebih besar iaitu di hidupkan dalam nikmat Iman dan Islam yang kita dapat hari ni. Nikmat yang kita nikmati dengan mudah berbanding para generasi awal sahabat yang menerima Islam dan Iman dengan pertumpahan darah dan linangan air mata.
Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,
Hari ini umat Islam sangat ramai tapi nabi kata seperti buih di lautan. Ramai tapi tidak mampu buat apa-apa. Menjadi umat akhir zaman dogaan bertubi-tubi yang datang tidak mampu di lawan.
Di sini ingin aku ceritakan sedikit berkenaan penderitaan Rohingya aku dapat dari satu program yang aku hadiri. Perlunya kita tahu cerita ini supaya kita lebih mengsyukuri hidup ini dan sentiasa berusaha agar apa yang berlaku di Rohingya tidak berlaku pada kita.
Sebelum aku nak sampaikan apa yang aku dapat mari kita hayati lagu ni:
Selamat malam Rohingya,
Dunia sudah tidur lena,
Selamat malam Rohingya,
Berbahagialah selalu.......
Hayati juga firman Allah berikut:
Al- Maidah 8
Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu sebagai orang-orang yang selalu menegakkan keadilan kerana Allah, ketika menjadi saksi dengan adil. Berlaku adillah,kerana adil itu lebih dekat dengan takwa. Sesungguhnya.......
Bagaimana peristiwa ini boleh berlaku?
Peristiwa ini berlaku apabila seorang pemimpin sami Buddha mengajak pengikut Buddha untuk memusuhi Islam. Sedangkan dalam agama Buddha sendiri tidak mengajar pengikutnya untuk memusuhi agama lain. Buktinya pengikut agama Buddha di negara lain boleh hidup dengan aman dan damai sepertimana di Malaysia. Perkara ini menjadi lebih malang apabila kekejaman ini disokong oleh junta tentera Myanmar (Burma).
Dimanakah peristiwa ini berlaku?
Arakan. Arakan ini terletak di sempadan antara Myanmar dan Bangladesh.
Penindasan bagaimana yang berlaku?
Kaum Rohingya ini telah dinafikan semua haknya sebagai manusia. Mereka dibunuh dengan kejam, rumah dibakar, masjid dimusnahkan, orang perempuan dirogol, anak kecil dibunuh dengan kejam. Mereka punya sekolah dimusnahkan. Hingga tiada apa yang tinggal. Perkara ini dilakukan semata-mata untuk mendapatkan telaga minyak yang bernilai puluhan dan belasan triliun. Agama di jadikan alat sentimen permusuhan.
Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,
Apa yang berlaku di Rohingya satu perkara yang memilukan dan malang yang ada dalam sejarah dunia. Angka kematian yang direkodkan mengalahkan kematian di Palestin dan Syiria.
Di saat warga Rohingya dalam keadaan terseksa dunia terus diam membisu seperti tiada apa yang berlaku.
Apakah yang kita harus lakukan sebagai umat Islam:
1- Doa pada Allah
2- Bantu ikut kemampuan (duit/masa)
3- Beri kesedaran pada rakan2 dan saudara-mara.
Semoga dengan perkongsian ini kita dapat ambil pengajaran. Tulisan ini sekadar perkongsian dari pada apa yang aku dapat semasa program ceramah tentang isu Rohingya. Mungkin ada info-info yang kurang harap sahabat-sahabat sekalian boleh tambah.
Comments
Post a Comment